Program Tahsinul Al-Quran 2018 dianjurkan oleh Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 bagi memantapkan pengukuhan ilmu Tajweed kepada peserta Muallim Cilik Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2018.
Majlis Berbuka Puasa Perdana Tahun 2018 Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 Tazkirah dari Ustaz Azuan selaku Ketua Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2, yang berlangsung pada 31 Mei 2018. Puan Rosziah binti Johar, Guru Besar SKSP 2 ( kanan ), turut sama hadir dan memeriahkan majlis berbuka puasa di Surau At-Taqwa Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2.
Sambutan Ihya' Ramadhan SK Seri Perling 2, tahun 2018 bersamaan 1438H Upacara perasmian Sambutan Ihya' Ramadhan 2018 yang bertemakan "Ramadhan Bulan Maghfirah" oleh Guru Besar SK Seri Perling 2, Puan Rosziah binti Johar, turut berlangsung pada 20 Mei 2018 bersamaan 4 Ramadhan 1438 H. Gimik pelancaran Program Tadarus Al-Quran sempena sambutan Ihya' Ramadhan 2018 dengan pembahagian Al Quran kepada Guru Muslim oleh murid tahap 1.
Comments
Post a Comment